User
Write something
Apa jenis content yang sesuai untuk awal2 run business?
Assalamualaikum n selamat petang semua.. Saya nak tanya apa jenis content yang bersesuaian bagi awal2 run business? Adakah semua content perlu target untuk fyp?
Perkhabaran sedih.
Salam semua. Just nak bagitau yang saya dapat berita ayah saya baru sahaja pulang ke rahmatullah. Jadi saya akan balik ke rumah mak untuk selesaikan dulu urusan jenazah. Nanti bila setel, saya akan sambung balik ye.
Apa itu Money Model & Kenapa Penting untuk Semua Bisnes
Bayangkan anda main bola tapi tak ada pelan permainan. Semua orang berlari ikut suka hati, tendang bola ke mana rasa nak tendang. Kadang-kadang bola masuk gol, tapi kebanyakannya tersasar.Itulah yang berlaku bila bisnes tak ada β€œmoney model”. Money model adalah rancangan bagaimana anda buat duit β€” apa yang anda jual, bila anda jual, dan macam mana anda jual supaya dapat duit dengan cepat. Ia adalah urutan tawaran yang sengaja dirancang untuk tingkatkan: 1. Bilangan pelanggan yang anda dapat. 2. Berapa banyak mereka bayar. 3. Berapa cepat mereka bayar. Alex Hormozi cakap, semua bisnes ada money model, cuma ada yang sedar dan ada yang tak. Bila anda sedar, anda boleh betulkan dan perkemaskan. Bila anda tak sedar, anda main ikut nasib. Masalah utama ramai pemilik bisnes ialah mereka buat jualan, tapi duit masuk lambat. Kadang-kadang nak cover kos marketing pun ambil masa berbulan. Sementara tunggu duit tu masuk, kos operasi terus berjalan, pekerja kena bayar, stok kena beli. Tekanan makin tinggi. Dengan money model yang betul, pelanggan bayar anda lebih awal. Kalau kos marketing RM100 untuk dapat seorang pelanggan, pastikan pelanggan tu bayar balik RM100 itu (dan lebih) dalam masa 30 hari. Bila duit cepat masuk, anda boleh guna semula untuk dapatkan lebih ramai pelanggan β€” dan bisnes mula bergerak laju. Money model yang baik bukan sekadar buat untung, tapi buat untung dengan cukup pantas untuk biayai pertumbuhan. Money model yang hebat pula boleh buat untung dari seorang pelanggan, cukup untuk bayar kos mendapatkan ramai pelanggan lain. Bila sampai tahap ni, duit tak lagi jadi penghalang untuk berkembang. Kesimpulannya, money model adalah jantung kepada bisnes. Tanpa jantung yang sihat, bisnes tak akan mampu berlari jauh. Jadi, tanya diri anda β€” pelanggan anda sekarang bayar balik kos anda dalam masa berapa hari? Kalau lebih daripada 30 hari, mungkin dah sampai masa untuk anda ubah β€œgame plan” anda.
Apa itu Money Model & Kenapa Penting untuk Semua Bisnes
1. Nasihat Alex Hormozi untuk berjaya setiap hari.
1. Ikut je arahan. 2. Kalau jumpa benda tak faham macam mana nak buat – Google dulu. 3. Bila dah jumpa cara, kongsi dengan orang lain. Mungkin orang lain pun pening benda sama. 4. Betul2 buat peraturan 100 sehari. Samada hubungi 100 orang prospek sehari, buat content 100 minit sehari ataupun belanja 100 ringgit ads sehari. 5. Mula-mula seminggu memang rasa semangat. Lepas tu rasa tu hilang. Masa tu lah kerja sebenar bermula. 6. Kerja yang kau buat ni sebenarnya membentuk diri kau lebih daripada kau membentuk kerja tu. Kau lah produk yang tengah dibina, lebih dari produk kau. Ingat tu. 7. Semua benda mula-mula memang tak boleh di-scale atau dikembangkan. Memang itu yang kita nak. Sebab tu lah cara kau belajar semua benda kecil. Ini namanya β€œmastery”. 8. Sakitnya ulang benda sama akan paksa kau cari cara untuk perbaiki. Bila kau dah pandai buat lebih banyak dengan usaha yang sama – kau dah ada skill baru. 9. Siapa komplen je, kalah. 10. Beribu orang dah berjaya. Kau bukan istimewa. Ulang je benda yang sama. Hasil pun akan sama. 11. Tulis semua sebab kenapa kau nak teruskan. Letak depan mata. Bila rasa give up, baca balik. 12. Bisnes ni nampak senang tapi sebenarnya susah. Susah dia datang dalam bentuk konsisten. Hari kau tak nak buat, atau kau skip, masa tu lah kau rasa apa maksud susah. Hadap dan lawan. 13. Menang je.
1. Nasihat Alex Hormozi untuk berjaya setiap hari.
Mana lagi susah untuk anda sekarang?
Nak mulakan bisnes atau nak kembangkan bisnes?
Mana lagi susah untuk anda sekarang?
1-20 of 20
powered by
Usahawan MY: Ilmu Hormozi
skool.com/usahawan-malaysia-2119
Bantu bisnes anda dapat lebih ramai pelanggan dan lebih jualan, guna cara mudah dari Alex Hormozi.
Build your own community
Bring people together around your passion and get paid.
Powered by