Hari ni hari ahad dan semua tengah bercuti. Tapi macam saya, saya bina tabiat satu hari, saya akan spend lebih kurang 30 minit masa saya untuk komuniti bisnes kita ni, menjawab soalan mana yang ada, kenal mana yang boleh dikenal. Lama2 anda akan kenal saya lebih lagi dan harapnya komuniti kita berkembang pesat. Bisnes macam tu lah. Lagi banyak kita luangkan masa berkualiti yang beri output kepada bisnes kita, lebih cepat dan cerah peluang untuk kita berjaya dalam bisnes. Lepas 30 minit, saya sambung balik luangkan masa dengan keluarga. Saya letak nombor 7 di title post ni sebagai tanda, saya akan post sehari satu post. Ni hari ketujuh. Nanti lepas anda dah ada dalam group ni selama setahun, harapnya anda akan nampak nombor 365 di situ sebagai tanda dah setahun dah group ni dan kita boleh bandingkan perbezaan bila kita teruskan setiap hari sikit2 dan tak give up. Buat mana mampu guys dan selamat beristirehat.