Activity
Mon
Wed
Fri
Sun
Nov
Dec
Jan
Feb
Mar
Apr
May
Jun
Jul
Aug
Sep
Oct
What is this?
Less
More

Memberships

Usahawan MY: Ilmu Hormozi

283 members • Free

5 contributions to Usahawan MY: Ilmu Hormozi
11. Jual Impian, Bukan Ciri Produk
Ramai usahawan terperangkap dalam perangkap yang sama: mereka sibuk sangat bercerita tentang ciri-ciri produk. Contohnya: - Telefon ni ada kamera 108 megapixel. - Servis ni datang dengan 20 modul. - Supplement ni ada 12 bahan premium dari luar negara. Masalahnya → pelanggan tak bangun pagi dan fikir, “Aku kena cari produk dengan 108 megapixel hari ni.”Mereka cuma fikir, “Macam mana aku boleh nampak lebih cantik dalam gambar?” Itulah beza ciri dengan impian (dream outcome). Hormozi ajar kita: pelanggan beli hasil akhir yang mereka bayangkan dalam kepala, bukan detail teknikal. 👉 Contoh 1:Orang tak beli treadmill sebab suka mesin besar kat rumah. Mereka beli impian “kurus dalam 90 hari tanpa perlu keluar rumah.” 👉 Contoh 2:Orang tak beli kursus pemasaran sebab suka belajar teori. Mereka beli impian “dapat 10 pelanggan baru setiap bulan dengan sistem yang jelas.” 👉 Contoh 3:Orang tak beli servis video editing sebab suka tengok timeline software. Mereka beli impian “video aku boleh viral dan naikkan sales aku bulan depan.” Bila kita mula bercakap dalam bahasa impian, barulah orang nampak nilai sebenar offer kita. Soalannya sekarang:Apakah impian yang paling besar pelanggan kau nak capai?→ Itu yang patut jadi headline, ayat jualan, dan janji utama offer kau. Tugasan untuk ahli:Tulis dalam komen:1 ayat impian sebenar yang pelanggan kau kejar. Bukan ciri produk. Bukan detail teknikal. Tapi hasil akhir yang buat dia rasa hidup berubah.
11. Jual Impian, Bukan Ciri Produk
1 like • 3d
Kalau saya jual Yong Tau Foo, apa idea (impian) customer ya?
1 like • 3d
1. Peringkat Mula susah dia lain: - Yakin tak yakin dengan bisnes tu - Berani ke tak nak proceed - Modal - Promote bisnes especially kalau takde basic dalam marketing - Kena rajin belajar 2. Peringkat nak sustain: - Macam mana nak kasi customer selalu beli - Macam mana nak dapat customer baru - Modal - Hutang (kalau ambil buat modal) - Maintenence nak bayar macam2 - Macam mana nak expan
Jangan malu mintak tolong
Semalam saya tengok satu video alex hormozi dan dia cakap antara sebab ramai orang susah nak berjaya atau lambat nak berjaya sebab diaorang malu nak mintak tolong. Malu ada beberapa sebab. Antaranya, sebab takut nampak bodoh ke, takut kena kecam ke sebab tanya benda simple. Dia cakap kalau nak berjaya, jangan malu. Tanya je. Dia dah buat duit berjuta pun sampai sekarang sanggup tanya orang macam mana nak tolong dia kalau dia tak tahu nak buat satu2 benda. Paling teruk, orang palau. Paling bagus, orang tolong. Lama2, orang kenal. Jadi ketepikan ego dan teruskan minta pertolongan.
Jangan malu mintak tolong
1 like • 5d
Baik!
Sales? Marketing?
Cuba komen apa masalah utama dalam bisnes anda sekarang ni? Susah nak cari customer? Atau customer ramai tapi susah nak menjual?
Sales? Marketing?
1 like • 5d
Saya buat bisnes makan. Customer terutama di Bandar kurang walk in. Banyak guna online. Bila banyak sales dari online, banyak komisen kena potong dan profit pun berkurang.
Selamat datang ahli2 baru.
Terima kasih sebab sudi masuk dalam group ni. Apa yang anda boleh buat mula2? Tengok2 godek2 dulu. Biasakan diri dalam platform baru ni dan cuba hadam dulu apa yang ada. Anda ada level dalam komuniti ni. Saya set hanya level 2 ke atas baru boleh posting. Untuk naik level, kena rajin komen dan like post orang lain dulu. Tak perlu serius, walaupun kita semua serius nak buat duit. Tapi banyakkan perbincangan dalam posting. Boleh kenalkan diri anda dalam posting ni supaya semua orang boleh network bersama2 dari posting ni je.
Selamat datang ahli2 baru.
1 like • 5d
Assalamualaikum semua. Saya Jarir Harun. Saya menjalankan bisnes Yong Tau Foo dengan 4 cawangan. Saya suka bernetworking sebab akan dapat pelbagai idea dan semangat
1-5 of 5
Jarir Harun
2
15points to level up
@jarir-harun-5738
Bos Tepen

Active 5d ago
Joined Oct 5, 2025